Gam Arab (Al Manna) Simply Nature's

Gam Arab Simply Nature's 

Gam Arab (Gum Arabic) Simply Nature's mengandungi 100% gam Arab berkualiti tinggi (gred Hashab daripada jenis Acacia Senegal) dari Sudan. Ia diproses secara semulajadi di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering. Oleh itu, kualitinya adalah terjamin dan tahan lama.

Apakah Keistimewaan Gam Arab Simply Nature's?

Gam Arab Simply Nature's adalah 100% semulajadi tanpa dicampurkan dengan sebarang bahan pengawet, pewarna atau perasa. Ia juga tidak dicampurkan dengan air untuk mengekalkan kandungan nutrisinya yang asal. Ia diproses secara 'mechanical pulverizing' untuk menjadikannya sangat larut dalam air sejuk. Kebanyakan gam arab di pasaran adalah diproses secara 'spray dry' di mana gam Arab yang mentah akan dihancurkan dan kemudian dididihkan sehingga mencecah suhu 200 darjah Celcius. Air didihan ini kemudiannya dikeringkan sehingga terbentuklah serbuk gam Arab yang sangat halus (berwarna putih semacam tepung). Dalam bentuk ini, gam Arab ini akan menjadi tersangat ringan dan apabila diletakkan ke dalam air sejuk atau air suam, ia akan terapung. Bila dikacau, ia akan membentuk ketulan-ketulan pejal yang menjadikannya susah untuk diminum.
Oleh kerana Gam Arab Simply Nature's sangat larut dalam air sejuk, ia amat mudah untuk diminum. Ia juga boleh diambil dengan jus buah-buahan, susu atau coklat. Atau boleh ditaburkan begitu saja di atas makanan-makanan seperti nasi, sup, salad, sayur dan sebagainya. Kalau untuk dijadikan minuman, jangan bancuhkan melebihi 5 gram (1 sudu besar) kepada 1 gelas air kerana dikhuatiri ia akan menjadi terlalu pekat dan susah untuk diminum.


Fakta Nutrisi Gam Arab Simply Nature's


Berikut adalah fakta nutrisi (maklumat pemakanan) Gam Arab Simply Nature's  yang telah diuji oleh ALS Technichem (Malaysia): 




Gam Arab Simply Nature's mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, iaitu 85%, di mana 96% daripadanya adalah terdiri daripada serat makanan yang larut (soluble dietary fibers). Serat yang larut air ini memiliki keupayaan meningkatkan viskositi isi usus, memperlambatkan penyerapan glukos dan lipid oleh usus halus, mempengaruhi metabollisma kolesterol, serta meningkatkan pengeluaran asid lemak rantai pendek (short-chain fatty acid) dalam kolon (usus besar). Banyak kajian membuktikan bahawa pelbagai penyakit adalah berpunca dari kurangnya pengambilan serat makanan yang larut ini, antaranya kanser atau radang usus besar, penyakit kardiovaskular dan kegemukan. Hendaklah diketahui bahawa hanya sekitar sepertiga sahaja dari jumlah serat makanan (Total Dietary Fibers) yang kita perolehi adalah dari jenis serat makanan yang larut, terutamanya daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Sekiranya pengambilan makanan-makanan ini berkurangan, maka lebih rendahlah jumlah serat makanan yang larut yang kita perolehi. Dengan menambahkan Gam Arab Simply Nature's dalam makanan harian kita, insyaAllah masalah ini dapat di atasi.

No comments:

Post a Comment