Cadangan Pengambilan Gam Arab

Tiada sukatan spesifik untuk pengambilan gam arab ini. Menurut kajian yang telah dibuat, gam arab boleh diambil dalam kuantiti sehingga 50 gm sehari tanpa sebarang kesan sampingan negatif. Walau bagaimanapun, cadangan pengambilan optimum adalah dalam sekitar 10 gm sehari, bersamaan 2 sudu besar.

Cadangan Pengambilan Harian Gam Arab:
Umur
Sukatan 
18 tahun ke atas
 2 sudu teh (5gm), 2 kali sehari
10 - 17 tahun
1 sudu teh (2.5gm), 2 kali sehari
9 tahun ke bawah 
1 sudu teh (2.5gm), 1 kali sehari

Sukatan di atas adalah untuk panduan sahaja. Sekiranya ada tindakbalas yang berlebihan, boleh kurangkan dos. Sebaliknya, jika tiada apa-apa tindakbalas, boleh tambahkan dos.


Peringatan:
Sukatan air atau jus yang diperlukan untuk membancuh gam arab ialah satu gelas. Jangan bancuhkan lebih daripada 2 sudu teh dalam segelas air untuk mengelakkan bancuhan yang terlalu pekat dan susah untuk diminum.

Sukatan yang dicadangkan di atas adalah untuk pengambilan biasa. Bagi mereka yang baru menggunakan gam arab, dicadangkan mengambil separuh daripada sukatan yang dicadangkan. Jika tiada sebarang alahan dalam masa 1-2 minggu, bolehlah mengambil dengan sukatan yang dicadangkan. Hendaklah diingat bahawa gam arab sangat kaya dengan serat makanan. Bagi sesetengah orang yang sebelum ini kurang mengambil serat makanan, pengambilan gam arab boleh menyebabkan kekembungan perut. Walaupun perkara ini tidak merbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan ketidak-selesaan di bahagian perut. Bila perkara ini berlaku, hendaklah kurangkan pengambilan gam arab dan minum air dengan lebih banyak (atau lebih kerap). 


Pengambilan gam arab boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa sehingga nampak kesan positifnya. Perlu diingatkan bahawa pengambilan gam arab yang berlebihan tidak akan mendatangkan kesan negatif jika diiringi dengan pengambilan air yang banyak. 


Kesan Sampingan Gam Arab

Gam arab selamat digunakan kerana ianya 100% bebas daripada bahan kimia.
 Ia juga bebas dari semua jenis logam-logam berat. 


Kajian-kajian klinikal telah menunjukkan bahawa gam arab sangat kaya dengan sumber Prebiotik yang sangat baik untuk kesihatan. Gam arab boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Boleh digunakan bersama ubatan dari klinik atau hospital tanpa sebarang masalah. Hanya perlu bancuh gam arab dengan air sejuk atau minuman-minuman lain seperti jus, milo ais dan susu, dan diambil sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Dinasihatkan minum banyak air kosong (dalam kadar 2-3 liter sehari) apabila mengamalkan gam arab.


Dipetik daripada /sumber / kredit: http://souq-al-manna.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment