Masih ramai di Malaysia yang belum kenal Gam Arab sebagai sumber makanan yang berkhasiat, apatah lagi kebaikan-kebaikannya. Mungkin disebabkan kurangnya promosi untuk produk ini. Atau mungkin ramai yang masih ragu tentang kehabatan Gam Arab ini.
Secara ringkasnya, Gam Arab ini kaya dengan serat makanan yang larut (soluble dietary fibers). Belum ada lagi makanan lain yang mengandungi serat larut melebihi 80% seperti Gam Arab. Epal yang digembar-gemburkan sebagai makanan yang amat baik untuk kesihatan melalui slogan "An epal a day keeps doctors away" hanya mengandungi 2.3% serat. 3 sudu teh Gam Arab mengandungi lebih serat mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal atau 44 biji prune kering. Berbanding dengan susu lembu pula, Gam Arab mengandungi 8 hingga 10 kali ganda kandungan Kalsium. Perlu diingatkan juga bahawa susu lembu segar mempunyai lemak dan kolestrol serta tiada serat terlarut. Kandungan kalori dalam Gam Arab adalah rendah. Begitulah hebatnya Gam Arab.
Serat makanan, terutamanya dari jenis serat larut sebagaimana yang terdapat dalam Gam Arab, amat diperlukan oleh sistem pencernaan manusia bagi mengawal kandungan gula dan kolestrol dalam darah. Bukan setakat itu saja, serat makanan yang terkandung dalam Gam Arab telah disahkan melalui banyak kajian bahawa ia memiliki kesan Prebiotik (Prebiotical effects) untuk kesuburan bakteria baik dalam sistem perncernaan, yang juga dikenali juga sebagai Probiotik. Kandungan prebiotik dalam Gam Arab adalah prebiotik semulajadi yang tertinggi pernah ditemui setakat ini dan memiliki sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu.
Kesuburuan probiotik adalah berkait-rapat degan sistem imun badan bagi mencegah atau mengurangkan aktiviti bakteria pembawa penyakit. Hendaklah diketahui bahawa 80% sistem imun badan adalah terletak dalam sistem pencernaan. Pemeliharaan sistem imun adalah amat penting untuk sihat sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment