Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa
al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah
satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat
dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa
As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan
kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.
Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir
al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil
semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu".
As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa
Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum
Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk
menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.
Sumber : Google
No comments:
Post a Comment