Gam Arab kaya dengan serat makanan larut dan mengandungi kurang kalori. Serat makanan larut ini akan menyebabkan seseorang itu merasa penuh dan kenyang. Jadi pengambilan Gam Arab ini akan dapat mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang lain terutamanya makanan yang berlemak, yang berkalori tinggi dan yang mengandungi banyak gula yang biasanya menyumbangkan banyak lemak dalam badan kita dan menyebabkan kegemukan.
Mengikut kajian yang dibuat (rujuk Effectsof gum Arabic ingestion on body mass index and body fat percentage in healthyadult females), pengambilan Gam Arab sebanyak 30gm sehari boleh mendatangkan kesan penurunan berat badan dalam masa 6 minggu. Perlu diingatkan bahawa pengguna-pengguna baru disarankan memulakan pengambilan Gam Arab dalam kadar yang sedikit dulu iaitu lebih kurang 10gm sehari (5gm pagi dan 5gm malam) dan boleh ditingkatkan selepas 1 atau 2 minggu apabila perut anda sudah selesa dengan pengambilan serat yang banyak.
Kegemukan adalah salah satu penyebab kepada penyakit-penyakit berat seperti penyakit jantung koronari, strok dan kencing manis. Oleh itu, pengambilan Gam Arab yang berterusan bukan saja dapat mencegah kegumukan malah juga secara tidak langsung mencegah penyakit-penyakit lain.
No comments:
Post a Comment